Baru-baru ini kecoh isu penipuan tentang produk DSC ini yang dikatan tidak mendapat sijil pengiktirafan halal dari pihak JAKIM. Produk ini juga berkembang pesat dipasaran disebabkan teknik pemasaran yang dijalankan yang menggunakan teknik multilevel marketing a.k.a MLM. Pakej yang ditawarkan ialah Mobile yang berharga RM5400, Gold pula berharga RM1620 dan pakej Silver iaitu berharga RM270. Perniagaan ini juga digelar sebagai "bisnes kaching" (bunyi duit syiling)
Matlamat MLM ini ialah untuk cepat melariskan perniagaan syarikat dan melahirkan ramai orang kaya baru a.k.a OKB dengan mempromosikan pakej-pakej tersebut.
Lihat cara promosi yang sedang dijalankan oleh syarikat ini. Lebih tinggi pakej yang dibeli, lebih lumayan untung yang diperoleh. Maka berpusu-pusu orang giat mengambil peluang ini dengan harapan dapat memperoleh side income. Antara mereka yang telah berjaya dalam pekerjaan ini ialah Shielawatie Ahmad.
Tapi yang menjadi persoalan sekarang ialah isu pengiktirafan sijil halal dari JAKIM dan sejauh mana kebenaran stemcell yang diletakkan dalam produk tersebut. Bagi menjawab isu sijil halal, di facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan bahawa tiada sijil halal telah dikeluarkan kepada produk DSC ini.
Tapi jika dilihat label produk tersebut, memang benar pihak syarikat telah meletakkan cop halal seperti dibawah
Dari persoalan tentang stemcell yang digunakan dalam produk ini, ada seorang penyelidik membantah tentang kandungan dan kemujaraban produk DSC ini melalui pengetahuan dan pnyelidikan yang telah beliau jalankan.
Seorang penyelidik & pengkaji Stem Cell, Dept of Hematology & Oncology, Research Center for Regenerative Medicine, Research Center for Cancer Stem Cell, Tokai University School of Medicine, Kanagawa, Jepun iaitu saudara Ibrahim Abdul Aziz tampil mahu berkongsi dan melemparkan beberapa persoalan kepada kalangan Jutawan, upline & juga downline Double Stemcell Phytoscience (DCS) ini. Antaranya ialah :
1.Apakah definasi spesifik stem cells yang terkandung di dalam apple & grape?
Sebagai contoh, saya determine human stem cells dalam darah tali pusat (cord blood stem cells) sebagai sel yang mempunyai surface marker CD34-positive, CD38-negative & CD133-positive expression cell adalah stem cells yang boleh regenerate darah & salur darah.Atau pun contoh lain, sel yang mempunyai protein keratin-19, protein Lgr5 & p63 sbgai epidermis/epithelial stem cell yang boleh regenerate kulit pada manusia. Memang tidak dapat dinafikan pada pucuk, akar & buah tumbuh-tumbuhan mengandungi stem cell atas sebab kita nampak berlakunya pertumbuhan & regeneration di situ.
Tapi, apa bukti spesifik stem cellnya? So, jangan terkejut lepas ini ada orang cakap kat pucuk ubi & akar (ubi kayu) itu pun ada stem cell. Kalau tiada definasi spesifik, macam mana boleh tahu dalam buah apple & grape tuh ada stem cellnya? Berapa peratus kandungan stem cells dalam buah apple & grape tersebut? Berapa peratus kandungan stem cells yang masih hidup & aktif dalam bungkusan serbuk DSC tuh?
Mengikut bacaan saya di dalam research article pada journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFWJournal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (MibelleBiochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) tiada pulak cerita pasal kesan epigenetic daripada stem cell apple & grape.
Pada pendapat saya, kalau tak boleh bagi direct evidence & explanation pd statement #1 di atas, memang tidak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.
2. Stem cell manusia pun, apabila nak guna (melalui transplantation) kena check HLA (DNA) pada penerima. Sebabnya, kalau penerima berlainan HLA (melebihi 2/6), maka akan berlaku reject reaction, dan stem cell manusia yang dipindahkan kepada penerima tersebut akan mati akibat reject reaction. Begitu juga, sekiranya stem cells haiwan dipindahkan kepada manusia. So, apatah lagi plant stem cell.
Mana ada rawatan regenerative stem cell dilakukan melalui pemakanan masuk mulut. Stem cell tumbuhan spt apple & grape hanya berkesan untuk regenerate tissue kt pokok apple &grape sahaja laa. Pokok apple & grape ada high blood pressure, stroke &diabetes ke???
3.Kesan “epigenetic”?? Pulak dah. “plant stem cell mempunyai epigenetic yang menyerupai adult human stemcell”?
Boleh beritahu & kongsikan bersama pembaca Berita Semasa, ada tak penyelidikan artikel lain yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli itu menerangkan pasal kesan”epigenetic” stem cell apple & grape ini?Mengikut bacaan saya di dalam research article pada journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFWJournal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (MibelleBiochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) tiada pulak cerita pasal kesan epigenetic daripada stem cell apple & grape.
Pada pendapat saya, kalau tak boleh bagi direct evidence & explanation pd statement #1 di atas, memang tidak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.
4.Kalau betul plant stem cell daripada apple & grape ini boleh regenerate tissue & organ pada manusia & penemuan ini disertakan bukti saintifik (publish article dalam journal seperti Nature & Cell Stem Cells, journal impact factor >30), Dr Fred Zulli itu boleh dapat Nobel Prize laa nanti.
“Semoga Dr Fred Zulli berjaya & good luck”
Video Pakej Pemasaran Double Stemcell DSC
..::.. Entahla..macam-macam MLM zaman sekarang ni.. :-|
No comments:
Post a Comment