Blog ini akan menunjukkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan oleh semua pemilik handphone jenis samsung. Langkah ini lebih kepada Prevention, ataupun sebelum handphone itu telah hilang atau dicuri.
Device tested: Samsung Galaxy Note Running on Android Version 4.1.2 Setup Account Samsung.
1) Langkah pertama yang perlu dibuat ialah untuk setup account samsung. ianya percuma dan boleh dinikmati oleh semua pemilik handphone samsung. Buka Setting, dan scroll ke bawah dan masuk ke dalam Account.
2) Tekan "add account" dan kemudian pilih Samsung account.
3) Selepas selesai memasukkan Samsung account, anda diminta untuk mendaftar sebagai pengguna. Lapangkan sedikit masa untuk mengisi maklumat yang diperlukan. Bagi yang sudah ada user dan id, boleh terus daftar masuk ke samsung account tersebut.
4) Bagi yang sudah mempunyai account samsung dan telah log masuk di langkah 3 seperti atas, teruskan ke langkah 5. Bagi yang baru berjaya mendaftar Samsung account, sila masuk ke setting semula dan di bawah tab Application, cari Samsung account dan log masuk dengan user dan password yang didaftarkan.
5) Untuk membolehkan account samsung i dalam handphone anda boleh di "sychronize" dengan masa sebenar, anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu. Masuk Setting, dan pilih Data usage. Kemudian, tekan butang Mehu (sebelah kiri butang tengah/Home) dan tandakan "auto sync data"
6) Masuk semula ke dalam account samsung di setting ->application, kemudian tandakan semua option Sync yang ada didalamnya. Sekarang, handphone anda boleh diakses melalui web browser daripada computer.
Akses Handphone Melalui Web Browser di Komputer.
1) Setelah Samsung account telah disetup di handphone, dan option auto sync telah ditandakan, anda kini boleh melayari laman web http://findmymobile.samsung.com/login.do dan log masuk kedalam melalui id dan password yang sama telah didaftar di handphone anda.
2) Setelah berjaya daftar masuk, anda boleh melihat jenis handphone anda diatas kiri webpage. Anda juga akan nampak buttang hijau yang menandakan handphone anda "online" ataupun sedang dlm mode sync.
3) Untuk terus mencari kedudukan dimanakan handphone anda, tekan Locate my Mobile disebelah atas kanan.
4) Web browser akan menunjukkan peta di mana kedudukan handphone anda sekarang dalam masa beberapa saat atau minit, bergantung kepada kelajuan sambungan signal internet dan gps.
5) Anda juga boleh lock, ring, atau retrieve call logs dari handphone anda melalui options yang ada disebelah kiri. Sebagai contoh, jika anda klik Ring, web browser akan setup sambungan ke handphone anda, dan dlm beberapa minit, handphone anda akan berdering dengan sendirinya.
Peringatan: pencarian lokasi handphone hanya boleh dibuat sekiranya handphone anda mempunyai sambungan internet dan mode GPS dipasangkan.
..::.. Teknologi sekarang dah macam nujum pak belalang.. :-)
Adakah info ini berguna untuk anda?jika ya, klik iklan dibawah.
Salam..
ReplyDelete..mcm mne plak klu hnset ilang sblum kite dftr..
..mksudnyer sblum kite thu pasal bnde ni..
a ah.....caranya mcm mana ya kawan....perlukjan no emei juga ker mcm mana
ReplyDelete