Tutorial ini telah dijalankan ke atas handphone jenama Samsung. Jenama lain tidak pasti boleh dipraktikan ataupun tidak.
Device Tested: Samsung Galacy Note Running on Android 4.1.2
1) Masuk ke dalam Setting, kemuda scroll kebawah sehingga anda melihat "security". Masuk ke dalamnya untuk memulakan proses pengaktifan.
2) Di dalam "security", anda boleh melihat banyak option yang disenaraikan. Scroll ke bawah, cari bahagian "Find my mobile" dan masuk ke dalam option "SIM change alert"
3) Setelah masuk, anda akan dipaparkan dengan skrin login samsung account. Masukkan password samsung account anda dan tekan Confirm untuk ke langkah seterusnya.
4) Untuk mengaktifkan, anda perlu turn on SIM change alert di butang atas kanan.
5) Kemudian, isikan Alert Message dengan sebarang text yang anda mahu. Ini ialah text yang akan dihantar jika berlaku pertukaran SIM.
6) Selepas itu, anda boleh memasukkan nombor telefon si penerima jika berlaku perubahan SIM card pada handphone anda ini. JANGAN MASUKKAN nombor telefon yang sama pada smartphone anda ini. Sebagai contoh, masukkan nombor telefon handphone anda yang kedua jika ada.
..::.. SIM card changed. Do you aware about this? :-)
No comments:
Post a Comment