Klik link dibawah, kalau tak klik, anda rugi :p

Please helps to donate by clicking one of the advertisments. Thank You.

Rentetan Tragedi MAS-MH370





Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam. Pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27, berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007. Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan. Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing).


8 Mac 2014
11:14 am
Malaysia Airlines hari ini mengesahkan sebuah pesawatnya terputus hubungan dengan menara kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi tadi.

03:24 pm 
Maritim turun bantu kesan pesawat hilang. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggerakkan sebuah pesawat udara dan tiga kapal laut hari ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines yang dilapor hilang awal hari ini. 

03:47 pm 
MAS: Tidak timbul isu lewat umum. "Jangan jadikan isu mengapa lewat. Walaupun mengambil masa hampir lima jam, kami terus cuba. Namun keadaan pesawat tidak dapat dipastikan. Minyak pesawat bukan hanya cukup dari Kuala Lumpur ke Beijing, malah boleh berpatah balik ke sini. Jadi, isu tidak cukup minyak boleh saya katakan, hanyalah spekulasi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

03:51 pm 
Vietnam nafi kesan isyarat pesawat MAS yang hilang. "Kami tidak mempunyai peralatan untuk mengesan kedudukan pesawat," kata Pengarah Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam, Pham Hien kepada Xinhua.

03:54 pm 
West Philippine Sea (WPS) telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat untuk membantu mengesan pesawat Boeing B777-200 milik Malaysian Airlines (MAS)

03:55 pm 
Media Vietnam lapor MH370 terhempas di laut. Akhbar Tuoi Tre memetik Laksamana Ngo Van Phat sebagai berkata, kapal terbang yang membawa 227 penumpang itu terhempas di laut 153 batu nautika dari kepulauan Phu Quoc. Penerbangan MAS setakat ini belum mengesahkan laporan media Vietnam itu tetapi berkata, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dalam operasi mencari dan menyelamat.

04:11 pm 
Henti segera sebarang spekulasi. “Kita sudah menghubungi semua agensi termasuk mengarahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelemat ini. Setakat ini, kami masih belum menerima apa-apa perkembangan mengenai perkara ini dan berharap perkara ini tidak dimanipulasikan,” kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

4:29 pm 
12 jam berlalu, pesawat MH370 belum ditemui. Di sebalik pelbagai laporan dan spekulasi berhubung penemuan pesawat itu daripada agensi berita asing dan media sosial kononnya bangkai pesawat MAS itu ditemui 100 kilometer dari bandaraya Ho Chi Minh dan di sebuah pulau di Vietnam, hakikatnya tiada maklumat sahih bagi mengesahkan perkara itu.

04:35 pm 
MAS kerjasama pihak berkuasa kecemasan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat Boeing 777-200, tidak menunjukkan sebarang petanda kecemasan dan juga tidak ada tanda cuaca buruk semasa terputus hubungan pada 2.40 pagi ini.

04:36 pm 
Boeing tubuh pasukan bantuan teknikal bagi memberi bantuan teknikal kepada pihak yang menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

04:37 pm 
38 warga Malaysia antara penumpang pesawat hilang. Berikut jumlah penumpang mengikut kewarganegaraan mereka:

Jumlah : 239 orang
Penumpang : 227 orang
Anak Kapal : 12 orang
1) China : 152 dan seorang bayi
2) Malaysia : 38 orang
3) Indonesia : 12 orang
4) Australia : 7 orang
5) Perancis : 3 orang
6) Amerika Syarikat : 3 orang
7) New Zealand : 2 orang
8) Ukraine : 2 orang
9) Kanada : 2 orang
10) Rusia : seorang
11) Itali : seorang
12) Taiwan : seorang
13) Belanda : seorang
14) Austria : seorang

04:40 pm 
Mas nafi pesawat mendarat cemas di Nanning, kata Ketua Eksekutif Sistem Penerbangangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya

04:46 pm 
Pesawat hilang: PM arah ambil langkah terbaik. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sudah mengarahkan agar "semua langkah yang boleh, diambil" bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang hari ini ketika dalam perjalanan dari sini ke Beijing.

04:49 pm 
Malaysia, Vietnam lancar operasi cari pesawat. "Kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira120 batu nautika di timur Kota Baharu, di Laut China Selatan. Tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat. Tidak ada cuaca buruk ketika itu. Kami juga akan menubuhkan satu lagi pusat respons di Beijing, selain di KLIA," kata Ahmad Jauhari.

05:12 pm 
MH370 mungkin terhempas di perairan Malaysia. Laksamana Ngo Van Phat memberitahu Reuters, pesawat tersebut mungkin terhempas di perairan Malaysia, 153 batu di luar pantai Vietnam, Tho Chu mengikut kelajuan dan kawasan terakhir dikesan.

5:28 pm 
Polis Terengganu sedia bantu cari pesawat MAS. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis dengan segala aset yang ada bersedia digerakkan bagi membantu operasi berkenaan sekiranya diperlukan.

06:01 pm 
Lokasi MH370 masih belum diketahui. Lokasi terkahir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah 065515 utara (Longitude) dan 1033443 Timur (Latitude).

07:06 pm 
MAS: Semua sumber digunakan kesan pesawat hilang. Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) Maritim, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin memberitahu Astro AWANI bahawa kawasan seluas 40 batu nautika telah diperiksa tetapi tiada apa-apa yang signifikan dijumpai lagi. "Tadi, pesawat kami menjumpai satu objek tetapi setelah disiasat ia hanya satu kanvas berwarna oren yang tidak berkaitan," kata Hamid.

7:16 PM
Malaysia hantar lebih banyak aset operasi SAR pesawat membabitkan 15 pesawat, termasuk dua helikopter dan 6 kapal, kata Datuk Seri Najib Razak

07:22 pm 
Singapura hantar pesawat C130 bantu cari pesawat. Singapura menghantar sebuah pesawat C130 Hercules pada Sabtu untuk membantu misi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang 

08:37 pm 
MAS siar senarai penumpang, kru MH370 

10:00 pm 
Operasi diperluas babitkan kerjasama 4 negara. Operasi mencari pesawat itu turut memperkukuh kerjasama erat antara komuniti Asean, China dan Amerika Syarikat. Malaysia turut menambah asetnya untuk operasi itu membabitkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). 

10:14 pm 
Nahas MH370: Dua tumpahan minyak dikesan. tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam. tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui dikoordinat 7.25 utara, 103.2320 timur


11:42 pm 
Tompokan minyak: Belum tentu milik MH370. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, masih belum disahkan. Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa di Vietnam untuk mengesahkan laporan Akhbar Tuoi Tre itu tetapi tidak lagi menerima sebarang jawapan.


9 Mac 2014
6:51 AM
Malaysia hargai negara luar bantu operasi mencari dan menyelamat. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina dalam usaha itu. 

6:56 AM
Tiada petunjuk mengenai pesawat MH370 selepas lebih 24 jam hilang. Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir saya mendengar mengenai MH370 pada 1.30 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," kata Eksekutif Perhubungan Media dan Strategik Komunikasi MAS Malini Saudranrajan dalam kenyataan di sini, pada 2.02 pagi tadi. 

9:05 AM
Firma AS sahkan 20 kakitangannya adalah penumpang MH370. Ketua Pegawai Eksekutif Freescale Semiconductor, Gregg Lowe berkata, 12 kakitangannya berasal dari Malaysia dan lapan lagi dari China. 

9:43 am
Operasi mencari diteruskan 7 pagi. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, setakat ini (jam 9 pagi) tiada sebarang penemuan petunjuk atau bangkai pesawat di lokasi berkenaan. "Operasi pagi ini menggunakan tiga pesawat milik pasukan keselamatan negara," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi. 

10:04 AM
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) akan hantar ejen ke Malaysia bantu siasatan pesawat hilang. Pegawai FBI berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan pengganas atau sebarang isu lain yang mungkin menyebabkan pesawat berkenaan hilang

10:18 AM
Kapal perang China sertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Kapal "Jinggangshan" yang dilengkapi peralatan menyelamatkan nyawa, kemudahan pengesanan bawah dasar laut dan bekalan air serta makanan belayar dari bandar raya Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong pada jam 3 pagi waktu tempatan hari ini bagi menyertai misi mencari dan menyelamat itu

10:49am
Sebuah Pusat Koordinasi Kebangsaan telah ditubuhkan serta-merta di Pusat Kawalan Bencana Kebangsaan (NDCC), Pulau Meranti, Cyberjaya bagi memantau perkembangan situasi semasa kes pesawat MH370 yang hilang. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia amat mengalu-alukan bantuan dan kerjasama daripada kerajaan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina yang mengerahkan aset masing-masing dalam usaha mencari dan menyelamat.

11.03 am
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat akan menghantar pasukannya ke Asia untuk membantu penyiasatan pesawat MH370 yang dilaporkan sejak awal pagi semalam

11.04 AM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan pagi ini. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish memberitahu pihaknya sudah menghantar empat kapal dengan melibatkan kira-kira 100 anggota dan lima pesawat milik mereka yang akan mengesan melalui udara. Operasi pencarian hari ini akan diperluaskan. Kita akan cuba mencari petunjuk-petunjuk seperti jaket keselamatan dan kesan minyak di kawasan itu. Sekiranya benar kapal terbang itu terhempas di laut mungkin jaket berkenaan ataupun bagasi milik penumpang akan terapung.


11:38 AM
Hishammuddin sahkan anggota mencari Vietnam temui tompokan minyak, tapi tiada serpihan MH370. 

11:42 AM
Hishammuddin tidak tolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik. beliau berkata sebab utama kemungkinan pesawat itu berpatah balik akan didedahkan pada jam 1 tengah hari ini selepas perbincangan lanjut dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara selesai.

11:48 AM
MAS khuatir perkara terburuk pesawat hilang. Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat arahan di Kota Baharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat penerbangan itu. Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantunya dalam 'saat-saat genting ini'.

11:57 AM
Empat penumpang MH370 guna pasport palsu. Unit Anti Pengganas dari negara terbabit serta FBI akan siasat secara bersama - Hishammuddin

12.28 PM
WASHINGTON: Kapal perang, USS Pinckney sedang dalam pelayaran ke selatan Vietnam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat. Kapal itu belayar dari San Diego sejak Januari lalu dan mengendalikan latihan serta operasi keselamatan maritim di perairan antarabangsa di Laut China Selatan. USS Pinckney membawa dua helikopter yang boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat.

1.20 pm
Terkini dari sidang media MH370 sebentar tadi:

1. Hanya 2 penumpang sahaja menggunakan pasport palsu
2. Kami ada rakaman CCTV mereka dan digunakan untuk siasatan
3. Angkatan Tentera Udara Malaysia pemegang kepentingan terbesar dalam pencarian pesawat
4. Ada kemungkinan pesawat melakukan air turn back, juruterbang tidak dapat menerbangkan pesawat ke destinasi
5. Tetapi masih mencari punca kehilangan signal
6. Pencarian masih dijalankan sehingga kini sehingga ke Selat Melaka
7. Bantuan dipertingkatkan
8. 22 kapal terbang, 40 kapal, helikopter Tentera Laut , 11 kapal terbang dari Tentera Udara, 13 kapal dari agensi maritim Malaysia, 1 kapal dari Amerika, 3 kapal dari China, 3 dari Singapura, 5 dari Indonesia
9. Misi mencari dan menyelamat dipergiatkan
10. Kami masih menyelidiki data dari agensi antarabangsa, data dari radar militari
11. Kapal 777 beroperasi dengan baik dan boleh dipercayai


Sidang media berikutnya akan menyusul jam 3 petang ini.

1.22 pm
Ketua Koordinasi, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpangpesawat MH370 menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini. Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, pesawat MH370 berkemungkinan berpatah balik ke Malaysia berdasarkan signal radar TUDM selepas ia hilang. Selain itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, sebanyak 22 pesawat, 40 kapal digerakkan bagi operasi mencari dan menyelamat MH370 termasuk di Selatan Melaka. 

1.30 pm
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) kenalpasti pergerakan dua identiti suspek yang menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat MH370


sumber: kosmo, sinar harian, myMetro, berita harian, utusan

1 comment: